Buildable Facebook UI Outlined News Feed Home Icon

Program Libat Urus #HPTN2023

Program Khidmat Masyarat (CSR) ​bersempena Hari Profession Teknikal ​Negara 2023


Kejuruteraan : Membina Jejak Ke ​Hadapan.

Tarikh : 15 September 2023

Tempat : SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang.


Program ini memberikan gambaran kepada para pelajar khususnya ​pelajar yang akan menamatkan pengajian tentang laluan kerjaya ​berkaitan kejuruteraan.


Link Berita Twitter:


t.ly/qub_x




Galeri Peristiwa

Hebahan #HPTN2023 Melalui Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Tahun 1445 Hijrah/2023 Masihi

Tarikh : 21 Oktober 2023

Tempat : Dataran Labuan


Kontinjen JKR Wilayah Persekutuan Labuan (JKRWPL) merupakan antara 68 kontinjen yang menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat WP Labuan pada hari ini.


Walaupun dalam keadaan cuaca hujan di Dataran Labuan, kontinjen JKRWPL tetap bersemangat waja di samping mengambil peluang bagi mempromosikan #HPTN2023 dan laungan solidariti untuk Palestin.


Klik untuk pautan berita di Facebook / Twitter :

Galeri Peristiwa

5th JKR BIM Day 2023:


BIM: Transforming Construction With ​Emerging Technologies


Program JKR BIM Day anjuran bersama Cawangan Perancangan Aset ​Bersepadu (CPAB) dan Pertubuhan BIM Malaysia telah berlangsung ​dengan jayanya pada 25 Oktober 2023 di Sime Darby Convention ​Centre Kuala Lumpur. Program yang bertemakan “Transforming ​Digital Construction with Emerging Technologies” ini telah dimulakan ​dengan ucapan aluan oleh Ybhg. Dato’ Ir Roslan bin Ismail, Pengarah ​Kanan CPAB dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, ​YBhg. Datuk Ir Ahmad Redza bin Ghulam Rasool. Beliau juga turut ​melancarkan dua (2) buah buku iaitu Building Better with BIM yang ​diterbitkan melalui kerjasama di antara JKR dan USM serta JKR BIM ​Report 11th Malaysia Plan (2016-2020) yang dihasilkan oleh Unit BIM ​CPAB.


Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ​berjaya menarik minat seramai 675 peserta yang terdiri daripada ​pegawai JKR, agensi-agensi Kerajaan, pemain industri dan warga ​akademik. Seramai tujuh belas (17) penceramah telah memberikan ​pembentangan di dewan Knowledge Arena dan Project Showcase ​termasuk Ronan Collins (HSS Engineers) yang memberikan ​ucaptama. Selain itu, sebanyak 24 syarikat telah mempamerkan ​teknologi terkini BIM dan 4IR di ruang reruai dan Technology Update.


Program ini juga diserikan lagi dengan majlis penyampaian Anugerah ​BIM JKR 2023 kepada para pemenang yang terdiri daripada para ​pegawai JKR, pemain industri dan para pelajar institusi pengajian ​tinggi. Program diakhiri dengan forum yang bertajuk "The Evolution ​of the Traditional Roles in Digital Transformation" yang menampilkan ​empat (4) panel berpengalaman dalam bidang BIM dan teknologi 4IR.


Diharapkan program ini dapat meningkatkan tahap kesediaan semua ​pemegang taruh bagi menjayakan pelaksanaan BIM dalam projek ​JKR dan memacu pendigitalan industri pembinaan di peringkat ​kebangsaan.


PROGRAM STEM CREaTE JKR 2023


Tarikh : 30 - 31 Oktober 2023

Tempat : CREaTE, Alor Gajah


Program yang berlangsung selama dua hari bermula 30 hingga 31 Oktober 2023 telah melibatkan 280 orang pelajar dari 56 buah sekolah sekitar Negeri Melaka. Program STEM CREaTE JKR 2023 ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia teknologi yang diaplikasikan di JKR melalui penyampaian latihan di setiap stesen.


Sesi latihan di setiap stesen STEM adalah yang berikut:

1. Stesen Unit Jalan dan Pavmen - Mari Membina Jambatan

2. Stesen Unit Bangunan dan Struktur -Mari Membina Struktur Yang Kukuh

3. Stesen Unit Arkitek - Perancangan Bandar

4. Stesen Unit Mekanikal - Air Dalam Rumah Datang dari Mana (Sistem Paip Air Dalaman)

5. Stesen Unit Elektrik - Mari Membina Litar Elektrik.

6. Stesen Unit Ukur Bahan - Jom Kira Kos ( Bajet Deco Bilik Impian)

7. Stesen Unit Smart Skills - Hakisan Tanah

8. Stesen Unit Inovasi Kejuruteraan - Leadership Team Spirit


Sekali gus ianya bertujuan memupuk minat dan cita-cita pelajar yang menghadiri porgram ini untuk menceburkan diri dalam profesion teknikal. Ianya juga selari dengan hasrat HPTN dalam menekankan keperluan teknikal dalam negara.


Program ini juga bertujuan menonjolkan kekompetenan pegawai CREaTE dalam penyampaian latihan berdasarkan pengaplikasian Synergistic Training Model yang dipelajari oleh setiap penceramah JKR melalui kursus Train The Trainers (TTT) JKR. Ia merupakan kursus wajib bagi semua penceramah JKR agar penyampaian latihan oleh setiap penceramah menarik, mudah difahami, diingati dan boleh terus diaplikasikan oleh peserta sebaik sahaja selesai latihan.


Ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah, Alor Gajah (PPD) serta guru-guru dan anak-anak murid sekitar Alor Gajah yang terlibat dengan program STEM CREaTE JKR 2023 ini.

JKR Cyber Day 2023


Meneraju Teknologi ICT Ke Arah Malaysia Madani

Tarikh : 21 - 22 November 2023

Tempat : Hotel Casuarina, Meru, Ipoh, Perak


Program ini merupakan kerjasama antara BTM CDPK dan JKR PERAK serta PTEM PERAK bersempena HPTN 2023.


Tujuan program ini memberi pendedahan dan pengetahuan baharu atau emerging knowledge ICT kepada para peserta program serta membantu menyemarakkan lagi promosi HPTN.


Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, Exco Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Hamdan Bin Ali, Pengarah Kerja Raya Perak dan dif-dif jemputan.


Tahniah diucapkan kepada JKR Kelantan kerana berjaya merangkul Anugerah Johan bagi Kategori Laman Web/Portal Peringkat JKR Negeri, diikuti oleh JKR Perak (kedua) dan JKR Perlis (ketiga).


Penilaian ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat berdasarkan dari hasil pemantauan oleh pihak MAMPU melalui platform SPLASK

Galeri Peristiwa

Sama-sama kita meriahkan!

Sekretariat #HPTN2023

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

ARAS 31, MENARA KERJA RAYA (BLOK G)

KOMPLEKS KERJA RAYA

JALAN SULTAN SALAHUDDIN

50480 KUALA LUMPUR

Emel Rasmi #HPTN2023

hptn@jkr.gov.my

No​. Telefon

03- 2618 9000